Bercinta sememangnya sesuatu yang indah bagi yang mengalaminya. Namun, bagi yang tidak mengalaminya pula mempunyai pendapat yang tersendiri. Tidak dinafikan setiap insan di muka bumi ini dilahirkan untuk mencintai dan dicintai sesama manusia namun itu bukanlah alasan untuk melakukan perkara tersebut di luar batas sehingga mengenepikan agama dan adat budaya. Saban hari, kita disajikan dengan pelbagai isu percintaan di kalangan pelajar universiti sehinggakan masyarakat memandang serong terhadap pelajar universiti. Berdua-duaan, bercumbuan dan berpelukan di khalayak ramai sudah menjadi perkara biasa bagi pelajar universiti namun bagi mata-mata yang memandangnya amat menjijikkan. Dimanakah maruah seorang insan yang bergelar mahasiswa/mahasiswi sehingga sanggup berkelakuan jelek di khalayak ramai.
Ramai yang berpendapat, ketika menuntut di universitilah saat yang paling sesuai untuk memilih pasangan hidup. Sejauh manakah kebenaran tersebut? Dimana letaknya standard universiti yang dikatakan gedung menimba ilmu atau ianya sekadar nama sahaja sebaliknya lebih sesuai dikatakan sebagai pusat mencari jodoh? Sungguh menyedihkan apabila universiti yang sepatutnya melahirkan insan yang berjaya tidak memenuhi kehendak negara dan masyarakat.
Oleh yang demikian, melalui blog ini akan dipaparkan masalah-masalah serta isu yang dialami oleh pelajar-pelajar universiti di Malaysia. Tindakan-tindakan yang sewajarnya haruslah dilakukan dengan kadar yang segera. Malah, tidak dinafikan juga ada di kalangan pelajar universiti yang bercinta sejak di zaman universiti bersatu di jinjang pelamin. Keadaan ini semuanya bergantung kepada individu itu sendiri dalam melayari alam percintaan.
Thursday, March 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment